SINGAPURA – Ekonomi Singapura menguncup sebanyak 12.6% pada suku kedua tahun ini, menurutĀ Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI) susulan pelaksanaan langkah-langkah pencegahan pandemik Covid-19.
Penyusutan dalam Kadar Keluaran Negara Kasar (KDNK) adalah lebih teruk berbanding unjuran 11.3% yang dilakukan oleh Bloomberg.
Prestasi ini juga lebih teruk berbanding suku pertama apabila KDNK merekodkan negatif buat kali pertama dalam tempoh sedekad dengan penyusutan 0.7%.
MTI berkata, penyusutan itu disebabkan langkah-langkah pemutus litar yang dilaksanakan sejak 7 April hingga 1 Jun bagi memutuskan rantaian wabak Covid-19, selain permintaan luaran yang lemah disebabkan kelembapan ekonomi global.
Pada suku keempat, ekonomi menyusut rekod 41.2 peratus dalam tiga bulan hingga Jun – memasuki kemelesetan teknikal untuk pertama kalinya sejak 2009.
Kemelesetan teknikal merujuk kepada penguncupan dua suku secara berturut-turut.
MTI meramalkan ekonomi Singapura menguncup 7 hingga 4% – kemelesetan terburuk Singapura sejak kemerdekaan pada tahun 1965.
Kemerosotan suku kedua dipacu oleh sektor pembinaan yang merosot sebanyak 54.7 peratus tahun ke tahun, kemerosotan yang ketara daripada penurunan 1.1 peratus pada suku pertama. – MalaysiaGazette