TERKINI : POLIS Berjaya Tahan Tiga Beranak Aktif Edar Dadah – Ketua Polis KL

Tiga suspek sekeluarga termasuk seorang wanita yang dipercayai aktif dalam pengedaran dadah di Lembah Klang sejak tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berjaya ditumpaskan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, bertindak atas maklumat selama dua bulan, pasukan narkotiknya berjaya menahan kesemua suspek suami, isteri dan seroang anak berusia lingkungan 32 hingga 60 tahun pada serbuan jam 6.30 petang 9 Julai lalu.

“Polis narkotik telah menahan seorang lelaki menaiki motosikal Modenas putih berusia 60 tahun di tepi jalan dan hasil pemeriksaan di bakul kenderaan berjaya merampas pil eramin 5 sebanyak 21,400 biji atau seberat 5.7 kilogram beserta wang tunai RM1,140 dalam poket seluar suspek,” katanya dalam sidang media hari ini.