Ibu bapa tidak perlu bimbang dengan kesihatan anak mereka yang baru memulakan sesi persekolahan hari ini kerana guru akan sentiasa memantaunya.
Tindakan mengikut peraturan sekiranya ada dalam kalangan mereka bergejala.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib sendiri bersama pegawainya turun padang meninjau semua sekolah menengah dan rendah di sini hari ini bagi memastikan prosedur standard operasi (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dipatuhi.