KUALA LUMPUR – Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang baharu, Datuk Seri Azalina Othman Said hari ini menunjukkan “taringnya” menguruskan sidang Parlimen.
Beliau dilihat menegur beberapa ahli Parlimen pembangkang dan juga kerajaan ketika dewan yang bersidang pada sesi petang tiba-tiba menjadi hangat.
Azalina juga ‘menyekolahkan’ Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer yang cuba mengajarnya tentang masa.
Beliau beberapa kali meminta agar Rayer duduk ditempatnya selepas wakil rakyat DAP itu bangkit ekoran tidak berpuas hati dengan perkataan ‘mabuk’ yang diucapkan beberapa kali oleh Ahli Parlimen (Baling-BN), Datuk Seri Abdul Azeez Rahim dan Ahli Parlimen (Pasir Salak-BN), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.
Bagaimanapun, Azalina menyatakan kepada Rayer sekiranya beliau mempunyai sebarang persoalan akan dijawab olehnya pada hari esok.
Pada masa sama, Azalina turut mengarahkan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim untuk membuat pilihan sama ada mahu meneruskan perbahasan dengan tambahan masa dua minit yang diberikan tanpa mengulas sebarang perkara yang dibangkitkan dipihak pembangkang.
Ucapan Shahidan ketika membahaskan titah Diraja diganggu dengan pertikaian dan tikam lidah dari beberapa Ahli Parlimen.
Azalina, 57, merupakan wanita pertama memegang jawatan itu menggantikan Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming yang meletak jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Isnin lalu.
Ahli Parlimen Pengerang itu berkelulusan Sarjana Undang-Undang dari London School of Economics dan Diploma Undang-Undang Syariah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). – MalaysiaGazette
Harap speaker dan timbalang speaker jangan bagi muka dng pembangkang