Home Politik Saya doa Azmin, Hishammuddin dan Pas sokong Tun M – Khairuddin

Saya doa Azmin, Hishammuddin dan Pas sokong Tun M – Khairuddin

Datuk Khairuddin Abu Hassan

KUALA LUMPUR – Bekas Penyelaras Pakatan Harapan (PH) Parlimen Jasin berharap Tun Dr. Mahathir Mohamad mendapat sokongan daripada beberapa pimpinan Perikatan Nasional (PN).

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berharap bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan pemimpin UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berganding bersama Mahathir.

Beliau juga berharap pimpinan Pas juga ada menyokong Mahathir membina satu gagasan politik baharu di negara ini.

Dalam satu kenyataan, Khairuddin menganggap perjuangan Mohamed Azmin, Hishammuddin dan Pas hanya membuang masa kerana pemimpin-pemimpin yang bermasalah dari UMNO hanya mementingkan agenda peribadi serta tamak kuasa semata-mata.

“Saya senantiasa berdoa agar Azmin Ali, Hishamuddin dan Pas agar berjuang bersama Mahathir ke arah menubuhkan satu gagasan politik baharu.

“Kerajaan PN (Perikatan Nasional) sedang membela dan akhirnya akan membebaskan kesemua pemimpin-pemimpin UMNO yang menghadapi pertuduhan di mahkamah kerana perdana menteri tiada pilihan demi untuk menjaminkan jumlah ahli-ahli parlimen mencukupi bagi mengekalkannya sebagai tokoh pemimpin nombor satu negara,” katanya dalam kenyataan yang sama.

Dalam masa yang sama,Khairuddin bersyukur dengan pendirian Mahathir yang sedang berada di blok bebas dan mempertimbangkan bagi menubuhkan sebuah parti politik baharu.

“Sambutan dan respon dari rakan-rakan politik serta rakyat akar umbi amat memberangsangkan.Semua sedang menanti penubuhan parti baru Mahathir,” katanya lagi.- MalaysiaGazette

11 Komen

  1. Sudahlah, Din. Sekupang cakap hang dah tak berguna. Madey tu elok duk diam-diam. Dia dah ghupa kubang tembaga, hang tau ka..

  2. AHLI POLITIK SHORT TERM…TUN M DAH 95 TAHUN..JANGKA MASA PANJANG HALA TUJU POLITIK NYA UTK APA?. TUN TAK DA ATAU DAH X SIHAT NANTI…NAK PI MANA PULA?..MANGKUK LAH HANG DIN

  3. Apa yg si khairuddin ni mengarut? Allah nk makbulkah doa si khairuddin yg terkenal suka ckp berbelit ni? Kau duduk diam2 lah din ooi dan jaga bini mu yg comel lg seksi tu . Jgn dok meroyan lg lah…meluat eh..!!!

  4. Kerajaan tak campur tangan hal mahkamah..apa hal nya ko ni..sokong tun Mahathir,makna sokong DAP kembali menjadi kerajaan..MN dulu sokong Tun,tapi bila tun masih nak DAP dalam kerajaan lepas tu nak buat lagi kerajaan perpaduan ,siapa nak sokong dia lg.. sudah2 lah Khairuddin .. jaga umi Aida tu betul2 .. takut lari ikut jantan lain je nanti..

  5. Woiii kau merapu apa…kau lagi teruk masa dlm umno …sembang kari kau din mcm lalang tak dapat jwtan dlm ppbm kuar parti masuk amanah…

  6. Bermaruah apa bendanya kalau asyik fitnah orang untuk kekal kuasa. Dah ni asyik hala punggung pada nuar aje asalkan dapat jadi PM lagi.terbongkok bongkok. Ada ke selera nuar pada punggung situa ni

  7. JANGAN LAYAN. PADA KAMI TUN TIDAK MEMBERI APA2 KEUNTUNGAN KPD UMNO DAN PN. LEBIH BAIK NASIHATKAN TUN BERSARA AJE.

Comments are closed.