LONDON – Angka kematian bagi pesakit yang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) akibat Covid-19 telah menurun sekitar satu pertiga sejak bermulanya wabak ini, sekurang-kurangnya sebahagiannya disebabkan oleh rawatan di hospital yang lebih baik, menurut kajian.
Analisis global 24 kajian pemerhatian Covid-19 itu diterbitkan dalam jurnal, Anesthesia.
Penyelidikan yang diketuai oleh Profesor Tim Cook dari Royal United Hospitals Bath di England itu mendapati kadar kematian keseluruhan pesakit Covid-19 di ICU telah menurun daripada hampir 60% sejak akhir bulan Mac kepada 42% di akhir bulan Mei.
Kadarnya tidak jauh berbeza di seluruh Eropah, Asia dan Amerika Utara.
Kajian pengarang berkata, penurunan itu disebabkan “pembelajaran cepat yang terjadi pada skala global kerana laporan klinikal yang cepat pada awal pandemik”.
Mereka juga menyatakan ICU hospital mungkin mengalami tekanan yang lebih besar pada awal pandemik
Para doktor telah mencapai kemajuan dalam mempelajari penularan virus sehingga dapat memahami masalah utama kebanyakan pesakit dengan lebih baik, walaupun masih banyak yang perlu dilakukan untuk pembangunan rawatan dan pencegahan vaksin.
Para penyelidik juga mengatakan penemuan kajian itu tentang tempoh masa pesakit dalam ICU, dengan menyatakan hampir satu pertiga kemasukan ICU di United Kingdon lebih dari 28 hari dan 9% lagi lebih dari 42 hari.
Penulis menekankan bahawa kadar kematian Covid-19 di ICU baru-baru ini sekitar 40% masih jauh lebih tinggi daripada 22% untuk pneumonia virus lain.
“Secara optimum, ketika pandemik berkembang, kita mungkin dapat mengatasi Covid-19 dengan lebih baik,” katanya. – MalaysiaGazette