LONDON – Virgil van Dijk menerima kesilapannya yang membawa kekalahan Liverpool kepada Arsenal sekaligus meranapkan impian juara baharu Liga Perdana Inggeris itu memecahkan rekod musim ini.
Dalam perlawanan tersebut, the Kops turun dengan misi untuk mengumpul jumlah mata melebihi 100 mata dan memadamkan rekod Manchester City pada tahun 2018.
Bagaimanapun Van Dijk hilang posisi di kotak penalti sendiri dalam memantau penyerang Arsenal, Alexandre Lacazette sehingga menyebabkan gol penyamaan dijaringkan tuan rumah.
Lebih malang, penjaga gol Liverpool, Alisson pula gagal menahan bola dengan kemas mengakibatkan membolos gol kedua dan kalah 1-2 kepada the Gunners malam tadi.
“Saya melakukan kesilapan dan saya mengambil kecaman itu untuk terus fokus perlawanan seterusnya. Saya tahu ramai mengecam kesilapan saya tapi mereka perlu sedar bahawa sangat senang untuk cakap sesuatu dan menuduh.
“Kalau kamu menonton perlawanan itu sehingga saya melakukan kesilapan atas padang, ia tidak salah sebenarnya.
“Cuma kesilapannya kamu membiarkan the Gunners menguasai bola dan menerima kesannya malam tadi,” katanya.
Van Dijk berkata, kekalahan kepada Arsenal adalah malam yang mengecewakan dan itulah kehidupan seorang pemain bola sepak.
“Kamu kadang-kadang bola diangkat sebagai hero atau musuh..hari ini saya lakukan kesilapan yang tidak sepatutnya dan saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya,” katanya lagi.-MalaysiaGazette