Home Sukan Adik saya pemalu orangnya – Wan Fayhsal

Adik saya pemalu orangnya – Wan Fayhsal

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal bertemu adiknya, Wan Kuzri semasa meninjau latihan skuad Malaysia Bawah 19 yang membuat persiapan bagi Kejuaraan Bawah 19 Tahun (B-19) Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2020 di Uzbekistan pada Oktober ini di Wisma FAM hari ini.

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal meninjau latihan skuad Malaysia Bawah 19 yang membuat persiapan bagi Kejuaraan Bawah 19 Tahun (B-19) Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2020 di Uzbekistan pada Oktober ini di Wisma FAM di sini hari ini.

Pada lawatan itu, beliau sempat bertemu adiknya, Wan Kuzri yang  sebelum ini beraksi di Amerika Syarikat (AS).

Wan Kuzri, 18, baru menyertai latihan hari ini selepas perlu menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari sebaik tiba di tanahair dua minggu lalu.

“Singgah sebentar di FAM menjenguk skuad bawah-19 yang akan bawa kita ke Piala Dunia.

“Sempat ziarah adik saya Wan Kuzri yang baru hari pertama turun berlatih selepas kuarantin 14 hari. Wan Kuzri pemalu orangnya.

Deft touches, good positioning – kalau boleh feed Luqman Hakim memang best!” tulis di laman Facebook miliknya.

Fayhsal juga abang kepada Wan Kuzain yang merupakan pemain skuad utama Sporting Kansas City di MLS di AS.

Berusia 20 tahun, dia dianggap sebagai ‘Messi Amerika’ kerana sebagai pemain tengah yang memiliki kualiti, sikap dan mentaliti yang tepat untuk menjadi pemain yang berjaya di masa depan. – MalaysiaGazette