KUALA LUMPUR – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah meluluskan sebanyak 314,844 permohonan bagi Program Subsidi Upah setakat 15 Julai lalu.
Ketua Eksekutifnya Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, kelulusan itu mewakili 96.7 peratus.
Perkeso menerima sebanyak 325,506 permohonan daripada majikan yang mewakili 2.66 juta pekerja sejak program itu diperkenalkan pada 1 April lalu.
Menurutnya, pihaknya menerima banyak adian mengenai bayaran subsidi yang belum dikreditkan, selain bayaran terkurang atau terlebih.
Pihaknya juga menerima rayuan bagi permohonan yang ditolak.
Dalam menangani masalah itu, Mohammed Azman berkata, Perkeso menubuhkan pasukan petugas untuk menyelesaikan isu permohonan yang ditolak dan mengadakan perbincangan dengan pihak bank mengenai isu ‘Business Registration Number’ (BRN). – MalaysiaGazette