KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah sedang mengesan seorang lelaki yang juga merupakan bekas anggota polis berpangkat Koperal bagi membantu siasatan kes.
Lelaki tersebut, Shamsul Shahrul Shamsudin, bernombor kad pengenalan 820710-07-5415 mempunyai alamat terakhir di No. A210 Taman Derga Jaya, Jalan Dato Kumbar, 05300 Alor Setar, Kedah.
Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Shamsul Shahrul diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Ahmad Nazri Yub di talian 019-373 7725 / 04-700 1880 atau e-mel ke alamat [email protected]. – MalaysiaGazette