KUALA LUMPUR – Orang Melayu patut berbangga kerana menjadi satu-satunya bangsa yang memiliki dua tulisan iaitu rumi dan Jawi.
Oleh itu, budaya dan tamadun Melayu ini perlu dihormati seperti mana menghormati budaya dan tulisan kaum lain, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi melalui hantaran di Facebook.
Justeru kerajaan mesti tegas mempertahankan keputusan Kabinet mengenai jawi kerana ia jelas untuk “memperkasa” dan “memartabatkan” tulisan jawi sebagai tamadun orang Melayu.
Mohd Puad melahirkan rasa terkilan kerana segelintir rakyat Malaysia yang pemikirannya begitu rasis menolak hari Jumaat sebagai Hari Jawi.
Ia juga adalah tulisan bahasa Melayu selama hampir seribu tahun sebelum tulisan rumi diterima sebagai tulisan rasmi Bahasa Kebangsaan,” katanya. – MalaysiaGazette
Aku sokong martabatkan jawi. Cuma cara gomen promosi tu mcm tak kena. Promosikan la ia sbg satu instrumen ilmiah, malah tulisan ibunda bangsa lain pun promosi kan sekali atas dasar ilmu. Jumaat hari utk tulisan ibunda Malaysia – jawi, tamil dan tulisan cina, apa salahnya. Xyah tunjuk darah pahlawan sgt aih.