KUALA LUMPUR- Harga runcit bahan api bagi tempoh 18 Julai 2020 hingga 24 Julai 2020 kekal.
Kementerian Kewangan dalam kenyataannya berkata, harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel masing-masing kekal pada paras RM2.02, RM1.72 dan RM1.87 seliter.
“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.- MalaysiaGazette