KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar hari ini menjalankan tugas secara rasmi sebagai Pengerusi Permodalan Usahawan Nasional Berhad (PUNB).
Dalam kenyataan di media sosialnya, Noh berterima kasih kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas kepercayaan diberi kepadanya.
“Pagi tadi masuk ke pejabat untuk majlis serah tugas bersama mantan Pengerusi PUNB, Datuk Hazimah Zainuddin.
“Insya Allah dengan pengalaman sebagai mantan Menteri Pembangunan Usahawan, Menteri Pertanian dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, saya gunakan dalam membantu pembangunan dan memantapkan lagi ekonomi usahawan Bumiputera,” ujarnya lagi.
Noh juga berazam akan cuba mempercepatkan apa jua urusan pinjaman buat usahawan bumiputera yang terkesan dengan pandemik Covid-19.- MalaysiaGazette