Home Dunia Covid-19: China perangi jangkitan baru di barat jauh, Xinjiang

Covid-19: China perangi jangkitan baru di barat jauh, Xinjiang

Ujian saringan ke atas penduduk China masih dijalankan secara besar-besaran. foto Reuters

BEIJING – Bilangan kes jangkitan baharu Covid-19 di barat jauh China meningkat kepada 17 kes.

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan berkata, lebih 16 kes telah dikenalpasti dalam tempoh 24 jam di wilayah Xinjiang, lapor AP.

Penularan wabak di bandar Urumqi merupakan perkembangan terbaharu virus tersebut sejak China mengekang penularan dalam negara pada Mac lalu.

Bilangan jangkitan terbesar berlaku di Beijing dengan lebih 330 orang terlibat.

Pihak berkuasa di Urumqi telah mengurangkan operasi kereta api bawah tanah, bas dan teksi selain menutup komuniti kediaman.
Mereka juga mengenakan larangan ke atas penduduknya meninggalkan bandar, termasuk penggantungan operasi kereta api bawah tanah ke lapangan terbang.
China ditubuh melanggar hak asasi manusi di Xinjiang, yang mana penduduk majoritinya adalah kaum etnik Uighur beragama Islam.
Wilayah tersebut telah lama dikawal secara ketat yang mana China berkata ia perlu dilakukan bagi mengelak aktiviti keganasan. – Agensi

1 Komen

Comments are closed.