KUALA LUMPUR – Umum mengetahui bagaimana Datuk Seri Najib Razak prihatin dan fokus dalam memperkasakan komuniti India di negara ini ketika beliau menjadi Perdana Menteri.
Malah di bawah Najib dari 2008 hingga 2018, banyak dasar, peruntukan serta transformasi telah memberi manfaat kepada kaum itu.
Hari ini, Najib yang mendapat jemputan makan tengah hari oleh Presiden Makkal Sakti, Datuk Seri RS Thanenthiran ‘terkejut’ apabila dapat menikmati nasi daun pisang di sebuah restoran yang pernah dibantunya satu ketika dulu.
Beliau diberitahu, pemilik restoran daun pisang yang terletak di Puchong Perdana itu, Datuk Seri GV Nair memulakan perniagaan kedai makan itu dengan bermodalkan RM12,000 menerusi bantuan Tekun pada 2008.
Dalam tempoh kurang dari 10 tahun ini, GV Nair kini memiliki tiga cawangan ‘GV Nair Banana Leaf Restaurant’.
Najib yang diminta berucap berkata: “Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Makkal Sakti kerana bawa saya makan nasi daun pisang, saya hanya beritahu Thanenthiran bahawa saya teringin hendak makan ‘banana leaf’.
“Tidak tahu pula rupa-rupanya saya datang ke sebuah restoran yang pernah saya bantu melalui beberapa dasar penting yang dibawa oleh saya ketika menjadi Perdana Menteri.
“Berbaloi sebenarnya datang ke sini dan mendengar sendiri pemilik restoran, Datuk Seri GV Nair bercerita bagaimana dengan begitu susah payah, kehidupan susah beliau kini akhirnya berjaya memiliki empat buah restoran.
“Menariknya, saya mendengar sendiri beliau telah memohon pinjaman sebanyak RM12,000 daripada Tekun yang telah saya ubah dasarnya untuk mula memberi pinjaman kepada masyarakat India sekitar 2008. Di situlah GV Nair mendapat manfaat.
“Pastinya saya tumpang bangga apabila dapat melihat sendiri kejayaan seperti ini di depan mata saya sendiri seperti hari ini. Lihatlah bagaimana kini GV Nair telah menjadi seorang penguasa berjaya pada hari ini,” katanya.
“Saya ketika itu bukan saya mengubah dasar dalam Tekun sebaliknya banyak lagi transformasi untuk masyarakat India,” katanya memulakan bicara.
Najib berkata, selain daripada membenarkan Tekun memberikan pinjaman kepada komuniti ketiga terbesar di negara ini, beliau juga telah melakukan pelbagai transformasi lain.
“Saya banyak berfikir apakah yang boleh dilakukan untuk terus menaik taraf sosio ekonomi masyarakat India di negara, kerana itu juga saya telah melakukan inisiatif membentuk dan mempengerusikan jawatankuasa kabinet khas mengenai hal ehwal India.
“Tidak pernah ada Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri yang mempengerusikan jawatankuasa kabinet untuk hal ehwal masyarakat India di negara ini.
“Bukan sahaja saya cuba fahamkan permasalahan serta isu yang dihadapi oleh anda semua sebaliknya saya juga mencari jalan memperbaiki, membetulkan serta membawa dasar-dasar baharu.
“Dari transformasi sekolah-sekolah Tamil sehinggalah penambahan kemasukan pelajar India ke matrikulasi, pinjaman untuk golongan belia, wanita untuk bergelar usahawan, bantuan untuk NGO dan banyak lagi.
“Ini adalah agenda saya dan kerajaan pusat ketika itu untuk terus membantu masyarakat India untuk maju ke hadapan seiringan dengan kaum yang lain.
“Tetapi kita kalah juga pada Pilihan Raya Umum ke-14, ini kerana pembangkang banyak berbohong dan melemparkan fitnah tidak habis-habis oleh mereka.
“Tetapi tidak apalah, selepas 22 bulan memerintah, rakyat akhirnya tahu ‘warna’ sebenar pembangkang. Masyarakat India juga telah sedar siapa yang sebenarnya bantu dan siapa sekadar retorik semata-mata.
“Jika tidak tukar kerajaan ketika PRU lepas, percayalah lebih ramai GV Nair yang telah lahir ketika ini,” ujarnya. –MalaysiaGazette
Alhamdulillah…kita satu malaysia.DSNR,HANYA YANG TAHU MENGENANG BUDI AKAN INGAT SIAPA DIA WAKTU SUSAH DULU.TAPI SAYANG,RAMAI YG LEBIH SUKA MAKAN N HADAM FITNAH UNTUK RELA TENGOK ORG BAIK DI ANIAYA..
DSNR ..
Adakah manfaat yang diberi oleh datuk Seri najib, semua kaum india dapat? Klu i dapat Buat apa sampai sekarang I dalam kesusahan? Sampai tak dpt bayar duit kereta, motor dan rumah… Mungkin manfaat tersebut cuma dpt org yang tertentu je…. Saya tak salahkan datuk seri najib… Bossku.. Cuma saya nak tahu kepada siapa manfaat tersebut diberikan…???
Memang betul baru DSNR hendak membawa perubahan,dan hendak membantu kaki tangan kerajaan tetapi oleh kerana pengundi pengundi muda termakan hasutan orang orang politik
Mari kita lihat rakyat akan jatuhkan PH pada PRU15 setelah segala tipu daya PH di ketahui rakyat… PRU15 kita lihat di mana kedudukan wakil2 rakyat PH nti…
bantuan diberi pada pemohon yg layak dan pemohon yg berusaha,
kalau ko hidup susah tapi ada hati nak beli kereta,motor dan rumah,
ko usaha sendiri la BODOH,
buat hutang pandai,tp nak selesaikan hutang mintak bantuan kerajaan pulak,
klau xmampu bayar kereta,buat apa beli kereta??
betulkan hidup sendiri dulu sebelum menyalahkan org lain,
xabis2 nk salahkan kerajaan BN,
kalau malas jangan berangan nak hidup senang!!
ramai orang islam yang musyrik. dia ada kuasa disamping kuasa allah taala. kalau tak buat kerja tentu tidak mendapat rizki nya. dengan usaha gegih sekarang dah jadi kaya raya. fikirkan ….