Home Sukan Wenger setuju kontrak dua tahun bersama Arsenal

Wenger setuju kontrak dua tahun bersama Arsenal

Arsene Wenger. The Sun

LONDON – Arsene Wenger akhirnya menandatangani kontrak baharu bertempoh dua tahun untuk terus kekal sebagai Pengurus Arsenal selepas ini.

Ia sekaligus meranapkan harapan sebilangan besar penyokong setia The Gunners yang mahu pengurus kelahiran Perancis itu berundur segera.

Menerusi kontrak baharu itu, Wenger akan menerima gaji £8 juta setahun di Emirates.

Pembaharuan kontrak bertempoh dua tahun itu juga memanjangkan legasi Wenger kepada 23 tahun bersama Arsenal.

Wenger yang menghadiri mesyuarat lembaga pengarah kelab itu pada Isnin lalu bersetuju dengan keputusan pemilik kelab untuk menyambung kontraknya selama dua tahun lagi.

Menurut Wenger, beliau sayang kelab berkenaan dan mengharapkan masa depan cerah bersamanya.

“Kami sedang memerhatikan perkara terbaik yang telah dilakukan dan bagaimana untuk memastikan kelab ini bertambah kuat musim hadapan.

“Kelab ini boleh mencapai sukses dan melangkah jauh lagi selain mahu memastikan The Gunners memberi saingan kuat dan itulah fokus kami menjelang liga musim depan,” katanya.

Wenger menyatakan kesyukuran terhadap kepercayaan yang diberikan kelab terhadapnya sambil berjanji mahu membawa lebih banyak trofi ke Emirates.

Wenger juga menyatakan ketidaksanggupan meninggalkan kelab yang memberikan identiti sebenar kepada dirinya.

Beliau juga mangakui lebih banyak kemenangan perlu dikecapi kelab itu di peringkat domestik dan Eropah pada masa depan. – MalaysiaGazette