Baginya, memastikan orang yang kurang berkemampuan untuk mampu membeli barang keperluan setiap hari adalah fokus utamanya membuka Elewsmart.
Terkenal dengan sifat pemurahnya, Ebit mahu setiap keluarga mampu untuk memiliki barangan keperluan setiap hari.
“Orang tanya kenapa nak buka pasaraya saya cakap niat nak bantu orang lain, memang niat saya begitu.
Orang biasa fikir berniaga mestilah nak untung, saya punya niat bukan ke situ. Alhamdulillah sebab saya ada perniagaan yang lain tapi saya nampak perniagaan ini yang boleh membantu. Alhamdulillah Allah beri saya lebih rezeki untuk membantu orang lain.