Home Dunia Jubin Hagia Sophia akan ditutup dengan tirai ketika waktu solat

Jubin Hagia Sophia akan ditutup dengan tirai ketika waktu solat

Hagia Sophia yang terletak di Istanbul, Turki kini bertukar menjadi masjid semula. foto Reuters

ISTANBUL – Jubin yang menggambarkan tokoh-tokoh Kristian di Hagia Sophia akan ditutup dengan tirai semasa solat, kata jurucakap Presiden Turki, Ibrahim Kalin.

Kerja-kerja untuk menyiapkan bangunan bersejarah itu sebagai masjid sedang dijalankan.

Minggu lalu, pihak berkuasa Turki memaklumkan jubin-jubin berkenaan akan ‘disembunyikan’ di sebalik irai atau laser ketika solat pertama yang akan diadakan diadakan pada Jumaat ini.

Hagia Sophia diumumkan sebagai masjid pada awal bulan ini selepas mahkamah memutuskan perubahan bangunan tersebut sebagai muzium pada tahun 1934 adalah tidak sah.

Hagia Sophia yang dibangunk pada abad keenam, mempunyai sejarah sebagai gereja dan masjid sebelum ia dijadikan muzium.

Dalam wawancara dengan NTV, Kalin berkata, jubin-jubin yang menggambarkan Mary dan Gabriel yang mengikut kiblat – arah umat Islam semasa bersolat akan ditutup dengan tirai.

Manakala jubin yang menampilkan jesus dan tokoh-tokoh Kristian yang lain tidak menjadi halangan untuk solat Muslim kerana tidak terletak di arah kiblat.

Hagia Sophia akan dibuka kepada semua pelawat dan pelancong serta semua jubin tidak akan ditutup, kata pihak berkuasa.

Presiden Recep Tayyip Erdogan telah melawat masjid berkenaan untuk menyaksikan progres penyediaan bangunan tersebut sebagai masjid. – MalaysiaGazette