Home Dunia Banjir: 8 badak sumbu satu tanduk di Taman Kaziranga ditemui mati

Banjir: 8 badak sumbu satu tanduk di Taman Kaziranga ditemui mati

Taman Kaziranga menjadi penempatan badak sumbu bertanduk satu yang jarang ditemui. foto Agensi

NEW DELHI – Lebih daripada 100 haiwan liar, termasuk sekurang-kurangnya lapan ekor badak bertanduk satu yang ditempatkan di taman negara di timur laut India ditemui mati baru-baru ini.

Taman Kaziranga di negeri Assam adalah penempatan bagi populasi badak bertanduk terbesar di dunia.

Badak itu merupakan haiwan yang mengalami kepupusan pada awal abad ini.

Tetapi hujan monsun tahun ini menyebabkan hampir 85% taman banjir.

Banjir yang melanda itu turut mengorbankan lebih daripada 200 nyawa dan menyebabkan berjuta-juta penduduk di Assam, Nepal dan Bangladesh kehilangan tempat tinggal.

Taman Kaziranga, yang merupakan tapak Warisan Dunia Unesco, menempatkan sekurang-kurangnya 2,400 badak bertanduk satu.

Pegawai taman memberitahu Hindustan Times lapan badak bertanduk satu mati lemas dalam hujan baru-baru ini, sementara yang lain mati kerana akibat semula jadi bulan lalu.

Puluhan haiwan lain, termasuk rusa, kerbau dan landak, juga telah mati – banyak akibat lemas, selain dilanggar oleh kenderaan ketika menyelamatkan diri daripada banjir. – MalaysiaGazette