Home Seni Hidup Syukur dipinjamkan Ashraf 12 tahun

Syukur dipinjamkan Ashraf 12 tahun

Tangisan Bunga Citra Lestari di Indonesia Idol Foto: Google

KUALA LUMPUR – Penyanyi Bunga Citra Lestari yang lebih dikenali dengan panggilan BCL telah melancarkan sebuah lagu baharu yang berjudul ’12 Tahun Terindah’ yang merupakan luahan perasaan rindunya terhadap suami tercinta.

Penyanyi terkenal Indonesia itu kehilangan suami tercinta iaitu pelakon kelahiran Malaysia, Ashraf Sinclair pada bulan Febuari yang lalu.

Lirik lagu yang ditulis oleh BCL itu meluahkan rasa syukur kepada Yang Maha Esa kerana telah meminjamkan Ashraf kepadanya selama 12 tahun untuk menjadi kenangan paling indah dalam hidupnya itu.

Sejak ia dilancarkan, lagu yang ditulis oleh BCL sendiri telah mendapat tontonan sebanyak 2 juta di laman YouTube.

Lagu tersebut juga mendapat perhatian netizen dan kini sedang trending di laman sosial media.

BCL dan Ashraf berkahwin pada 2008 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Noah Sinclair.

Ashraf meninggal dunia pada 18 Februari lalu akibat serangan jantung di Jakarta, Indonesia. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.