KUALA LUMPUR- Tular sekeping gambar seorang wanita yang sepatutnya menjalani kuarantin di rumah tetapi bebas menikmati makanan di sebuah kafe di Perak.
Menurut pemilik kafe berkenaan di Facebooknya, Nurul Chu Hada Karim, beliau telah membuat panggilan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Perak dan pegawai kesihatan telah datang untuk membuat siasatan pagi tadi.
Katanya, hasil maklumat daripada pegawai berkenaan, wanita yang memakai tag berwarna merah jambu menunjukkan dia masih belum menghabiskan tempoh kuarantin di rumah adalah negatif Covid-19.
“Alhamdulillah pegawai sah kan mak cik merayap ni tak positif cuma dorang tengah cari mak cik ni untuk tindakan undang-undang sebab langgar arahan KKM .
“Please lah jangan menyusahkan orang . Bukan sorang dua tau kalau hang tu positif !
Kedai makan lagi . Haiyaa,” katanya.
Menurut Nurul, wanita tersebut sedang diburu pihak berkuasa kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP).
“Siapa yang ada info makcik ni tolong inform Kak nurul ye! Bantu memudahkan pencarian. Dia dicari bagi tujuan tindakan undang undang kerana langgar arahan KKM,” katanya lagi
Gambar yang tular ini turut mendapat perhatian Penasihat Khas Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood.
“Orang seperti inilah yang meningkatkan risiko negara kita kepada gelombang kedua.
“Perbuatan Puan, keluarga/sahabat dan kafe yang membenarkan wanita ini makan di situ dan tidak melaporkannya adalah memalukan.
“Langkah lebih tegas diperlukan. Covid-19 masih ada,” katanya dalam ciapan di Twitter hari ini.