TERKINI : Tuduhan Tak Betul… Gaji Saya Cuma RM8,000 Sebulan – Tajuddin Rahman

Ahli Parlimen (Pasir Salak-BN), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman membidas tuduhan pembangkang bahawa individu yang dilantik sebagai pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menerima gaji lumayan. Beliau menyifatkan tuduhan itu tidak berasas serta berunsur fitnah dan berniat jahat.