Mohd Aiman Afif Afizul, 19, mengakui dia tercabar dengan kehadiran Wan Ahmad Kuzri Wan Ahmad Kamal ke dalam skuad Harimau Muda bawah 19 tahun menjelang kejohanan Piala Konfederasi Asia bawah-19 di Uzbekistan.
Bagaimanapun katanya, kehadiran perancang tengah yang pernah beraksi salah sebuah kelab Liga di Amerika Syarikat itu akan memberi persaingan sihat untuk diri dan rakan-rakan sepasukan lain untuk memantapkan lagi prestasi skuad.