Home Sukan Tiba masa untuk Romero selamatkan Red Devils

Tiba masa untuk Romero selamatkan Red Devils

Sergio Romero bakal kembali ke kesebelasan utama dalam aksi manchester United menentang Liverpool di Old Trafford 20 Oktober ini.

LONDON – Kesilapan besar David de Gea di gawang gol sehingga mengakibatkan penyingkiran the Red Devils dalam aksi separuh akhir Piala Emirates FA semalam ketika menentang Chelsea mendesak Ole Gunnar Solskjaer segera membawa masuk Sergio Romero.

Laporan di Manchester England mendakwa tiba masanya Pengurus kelab Old Trafford itu untuk segera memilih jalan selamat dan terbaik dengan mengembalikan Romero sebagai penjaga gol nombor satu menggantikan de Gea.

Bekas penjaga gol Red Devils, Mark Bosnich percaya kejayaan dan rekod kecemerlangan bekas penjaga gol Argentina dengan 96 penampilan bersejarah bersama pasukan kebangsaan dalam tempoh tujuh tahun membuktikan bakat luar biasa Romero.

Beliau dilihat paling berhak untuk menyarung jersi nombor satu itu.

Menurutnya, memandangkan Manchester United sedang bersaing untuk melayakkan diri ke kempen Liga Juara-Juara Eropah musim 2020/21, mengekalkan de Gea sebagai penjaga gol setelah menyaksikan aksi hambar hanya akan membawa risiko.

Manchester United perlu berdepan West Ham dan Leicester City untuk mengesahkan kemaraan ke kempen Liga Juara musim hadapan.

Sekiranya Man United mahu menyelamatkan peluang ke ke Liga Juara Eropah, maka langkah selamat dan serta merta adalah kembalikan Sergio Romero.

Penampilan terbaik dan berkelas dunia Sergio Romero dalam kempen Liga Europa pada 2017 sehingga menjulang piala bersama pasukan bukti pemain itu kebal di gawang gol yang sukar digugat pasukan lawan.

Mark Bosnich juga mendakwa era kegemilangan de Gea sudah berakhir dan Solskjaer tidak boleh bergantung lagi pada pemain itu selepas ini dan ia hanya akan menggugat peluang emas pasukan di peringkat Europa yang akan merentap di suku akhir nanti.-MalaysiaGazette