Home Nasional Kerja-kerja baiki paip pecah di Klang siap petang esok

Kerja-kerja baiki paip pecah di Klang siap petang esok

Keadaan jalan Klang-Banting yang ditutup akibat tanah mendap

KUALA LUMPUR – Kerja-kerja pembaikan pada paip pecah di kawasan tanah mendap di simpang jalan antara Jalan Johan Setia dan Jalan Langat, Klang sedang giat dijalankan.

Air Selangor menjangkakan kerja-kerja pembaikan ini akan siap dilaksanakan pada jam 6 petang esok, 22 JulaiĀ  2020.

Bekalan air akan disalurkan kepada para pengguna selepas kerja pembaikan siap dan bekalan air dijangka pulih sepenuhnya di kawasan-kawasan terlibat pada jam 6.00 pagi, 23 Julai 2020.

Bantuan bekalan air kecemasan melalui lori-lori tangki ke kawasan-kawasan terlibat di Wilayah Klang dan Kuala Langat telah digerakkan bagi membantu pengguna.

Para pengguna boleh menghubungi talian 15300 dan whatsapp 0192800919 atau 0192816793 untuk memohon bantuan bekalan air kecemasan ini. – MalaysiaGazette