KUALA LUMPUR – Seramai sembilan muka baharu dilantik sebagai barisan Exco Pemuda Barisan Nasional (BN).
Mereka ialah Datuk Mohd Imran Tamrin, Mohamad Nizar Mohamad Najib, Mohd Kurniawan Naim Mokhtar, Zul Fadli Rozi. Mohd Hafiz Arifin, Punithan A/L Paramsiven, Andrew A/L David, Teow Chia Ling dan Su Choon Huat.
Ketua Pemuda BN, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki berkata, Pemuda BN akan memfokuskan gerak kerja mendepani agenda memperkasa Agenda Ekonomi Anak Muda pasca PKPP Covid-19.
Selain itu, Pemuda BN dan mengembalikan nilai-nilai Malaysia asal yang meraikan kepelbagaian agama dan bangsa tanpa merobek akar-akar tunjang yang mendasari kekuatan negara berteraskan Perlembagaan Persekutuan. – MalaysiaGazette