Home Nasional Kerja-kerja baiki paip pecah di Klang giat dijalankan

Kerja-kerja baiki paip pecah di Klang giat dijalankan

Kerja-kerja pembaikan pada paip pecah di kawasan tanah mendap di simpang jalan antara Jalan Johan Setia dan Jalan Langat, Klang masih giat dijalankan.

KUALA LUMPUR – Kerja-kerja pembaikan pada paip pecah di kawasan tanah mendap di simpang jalan antara Jalan Johan Setia dan Jalan Langat, Klang masih giat dijalankan.

Sehingga jam 3 petang tadi, kerja-kerja pembaikan pada jajaran paip pecah sudah mencapai tahap 38 peratus.

Air Selangor menjangka kerja-kerja pembaikan ini akan siap dilaksanakan pada jam 6 petang esok dan bekalan air akan disalurkan kepada para pengguna selepas kerja pembaikan siap.

Menurutnya, bekalan air dijangka pulih sepenuhnya di kawasan-kawasan terlibat pada jam 6 pagi, Khamis ini.

Bantuan bekalan air kecemasan melalui lori-lori tangki ke kawasan-kawasan terlibat di Wilayah Klang dan Kuala Langat telah digerakkan bagi membantu pengguna.

Para pengguna boleh menghubungi talian 15300 dan whatsapp 019-280 0919 atau 019-281 6793 untuk memohon bantuan bekalan air kecemasan ini. – MalaysiaGazette