Home Politik Mujahid ‘berbisik’ dengan menteri isu TH

Mujahid ‘berbisik’ dengan menteri isu TH

Gambar menunjukkan Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa bertemu dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Zulkifli Al Bakri di Parlimen hari ini.-Gambar FB.

KUALA LUMPUR – “Selain bertanya khabar sempat berbisik supaya kita jujur jalankan tugas khususnya soal TH (Tabung Haji).”

Itu tulis Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa merujuk kepada gambarnya bertemu dengan Menteri Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Pertemuan di Parlimen itu juga turut dikongsi oleh Dr. Zulkifli di media sosialnya.

“Sempat bertanya khabar YB Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen Parit Buntar sebentar tadi.

“Semoga semua urusan beliau dan kita semua dipermudahkan dan sentiasa mendapat petunjuk Allah SWT,” tulis bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu.

Kelibat kedua-dua mereka menjadi tumpuan ekoran desakan ramai ahli Parlimen mahu kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ekoran isu TH semasa pemerintahan Pakatan Harapan (PH).

Ketika itu Mujahid yang juga pemimpin Parti Amanah Negara itu menjadi menteri bertanggungjawab.- MalaysiaGazette

5 Komen

  1. Jelas beza antara ahli politik perasan alim ulama dan alim ulama jd menteri. Sorg perasan bagus, sorg lagi merendah diri, bicara pun xda nak aibkan sesiapa. En mujahat, peyrahhh hang. Buat malu org parit buntu saja!

Comments are closed.