Home Ekonomi Rizab Persekutuan mungkin naikkan kadar faedah 3 peratus

Rizab Persekutuan mungkin naikkan kadar faedah 3 peratus

FILE PHOTO - John C. Williams, President and CEO of the Federal Reserve Bank of San Francisco, speaks at the Milken Institute Global Conference in Beverly Hills, California, U.S. on May 2, 2016. REUTERS/Lucy Nicholson/File Photo

SEOUL – Presiden Federal Reserve Bank San Francisco, John C. Williams berkata, beliau menjangkakan peningkatan sebanyak tiga atau empat kali tahun ini sekiranya ekonomi Amerika Syarikat mendapat rangsangan luar biasa.

“Terdapat potensi bagi peningkatan ekonomi. Cuma terdapat satu persoalan besar adalah sekiranya ada satu rangsangan fiskal besar atau perubahan-perubahan lain di dalam tinjauan masa hadapan yang yang kita lihat, apakah ekonomi akan menjadi lebih baik berbanding apa yang kita bayangkan?” katanya kepada pemberita di luar sebuah forum yang dianjurkan oleh Bank of Korea di Seoul hari ini.

Williams yang tidak mempunyai undi di dalam jawatankuasa polisi Rizab Persekutuan tahun ini berkata, mata akhir bagi peningkatan pusingan kadar faedah mungkin berada di bawah tiga peratus.

Jelasnya, Rizab Persekutuan akan menaikkan kadar faedah menggunakan kaedah yang boleh dijangkakan dan telus bagi meminimakan sebarang kesan negatif kepada ekonomi-ekonomi yang pesat membangun.

“Akhirnya kita mungkin akan menaikkan kadar faedah secara berperingkat dan secara relatifnya berada di paras rendah, sama ada tiga peratus atau kurang,” katanya lagi.-MalaysiaGazette