TERKINI : KKM Kenal Pasti Kluster Baharu ‘SENTOSA’ di Hospital, Sarawak – Dr Noor Hisham

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti satu kluster baru melibatkan sebuah hospital di Kuching Sarawak.

Kluster Sentosa melibatkan seorang petugas kesihatan yang mengalami gejala saluran pernafasan pada 13 Julai 2020.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga hari ini, seramai 61 orang telah disaring, lima daripadanya dikesan positif Covid-19 manakala selebihnya negatif.

“Ini menjadikan kluster ini mempunyai enam kes iaitu lima petugas kesihatan dan satu pekerja syarikat pembersihan. Kesemua kes ini sedang dirawat di Hospital Umum Sarawak,” katanya ketika sidang media perkembangan wabak Covid-19 di Malaysia di sini hari ini.