Home Ekonomi Hamad Kama Piah ganti Asmat di UMW

Hamad Kama Piah ganti Asmat di UMW

KUALA LUMPUR – Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman dilantik sebagai Pengerusi baru UMW Holdings Berhad (UMW) berkuat kuasa 1 Januari 2017.

Beliau menggantikan Tan Sri Asmat Kamaluddin, 72, yang bersara mulai esok.

Asmat telah menjadi pengerusi UMW sejak 20 Februari 2001.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, UMW berkata, Hamad Kama Piah, 65, adalah bekas Presiden dan Ketua Eksekutif PNB yang bersara pada 30 September lalu. – MalaysiaGazette