PUTRAJAYA – Satu Jawatankuasa Kerja telah ditubuhkan sejak dua minggu lalu bagi membincangkan isu 46 hospital yang berusia lebih 50 setahun di negara ini.
Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, jawatankuasa itu dipengerusikan Kementerian Kesihatan Malaysia yang turut melibatkan kementeriannya dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Jelas beliau, satu mesyuarat juga telah diadakan bagi memperincikan isu hospital itu sekaligus mencari jalan penyelesaian.
“Kementerian telah membekalkan bantuan semua bantuan setakat ini selepas kita membuat kajian.
“Bagi hospital berusia 50 tahun ini, isu yang perlu diselesaikan terlebih dahulu iaitu melibatkan risiko kebakaran.
“Mana hospital yang tidak mematuhi dan belum dapat sijil kebakaran daripada Jabatan Bomba perlu diberi perhatian serius,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan Skim Perantisan Nasional 2020 di Kementerian Belia dan Sukan di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan.
Beliau diminta mengulas laporan media hari ini apabila sekurang-kurangnya 46 hospital berusia lebih 50 tahun di seluruh negara dikenal pasti sebagai daif dan ‘uzur’ yang berisiko jika berlaku kejadian tidak diingini terutama kebakaran.
Perkara itu turut disahkan oleh dua bekas menteri, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dan Datuk Seri Dr. S. Subramaniam dan mengakui isu itu mendapat perhatian serius mereka semasa menerajui Kementerian Kesihatan.
Hospital-hospital terbabit yang menempatkan kira-kira 30,000 katil pesakit dilaporkan memiliki sistem pendawaian elektrik berbahaya.
Mengulas lanjut, Fadillah berkata, pembangunan semula hospital baharu memerlukan bantuan kewangan selain masalah saiz hospital sedia ada yang kecil.
Beliau menjelaskan, pihaknya juga perlu mengambil kira kawasan penempatan sementara untuk menunggu hospital baharu dibina.
“Ia adalah cabaran menangani isu hospital lama ini. Namun Insya-Allah kita mencari jalan penyelesaian secepat mungkin,” katanya. – MalaysiaGazette
Rakyat kena setuju hakikat negara daif
Banyak bangunan kerajaan uzur daif…..tapi masih dibazirkan pas umno bersatu
Bangkitlah mandat rakyat