KUALA LUMPUR – Eaglexpress Air Charter Sdn. Bhd. (Eaglexpress) yang sepatutnya membawa balik kira-kira 60 kakitangannya balik ke Kuala Lumpur terpaksa ditangguhkan lagi kerana tidak mendapat permit daripada Arab Saudi.
MalaysiaGazette dimaklumkan, kakitangan Eaglexpress yang berada di sana mungkin balik seawal-awalnya Ahad ini atau awal Januari.
“Kami dimaklumkan oleh Eaglexpress mengenai penangguhan itu.
“Kalau esok (balik) memang tidaklah sukar pejabat operasi tutup sebab cuti, bersambung pula dengan cuti Tahun Baru,” kata kakitangan Eaglexpress dengan nada kecewa.
Semalam, MalaysiaGazette melaporkan pesawat tanpa logo Eaglexpress itu akan berlepas dari Jeddah pada pukul 8 malam dan tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur pada pukul 2 pagi ini.
Eaglexpress adalah syarikat penerbangan sewa Saudi Arabian Airlines (Saudia) untuk membawa jemaah haji dan umrah yang berpangkalan di Jeddah.
Syarikat penerbangan itu akan berlepas dari Jeddah untuk membawa sekali pesawat Boeing 747 dipercayai tidak lagi beroperasi di sana selepas Lesen Perkhidmatan Udara (ASP) telah dibatalkan oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) pada 20 Disember lalu. – MalaysiaGazette