Home Nasional Dr. Mahathir jangka pilihan raya diadakan tahun depan

Dr. Mahathir jangka pilihan raya diadakan tahun depan

Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad mengjangka Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan diadakan pada tahun depan.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau masih belum memutuskan untuk bertanding pada pilihan raya akan datang namun akan memainkan peranan besar dalam kempen pilihan raya.

“Saya akan berusia 98 tahun jika pilihan raya diadakan (habis penggal pada 2023) dan jelas terdapat kekurangan (daripada segi) fizikal saya.

“Jika saya sihat saya akan beri sokongan sepenuhnya,” katanya dalam temubual dengan wartawan CNA hari ini.

Ditanya sama ada beliau akan menubuhkan parti baharu jika bertanding pada pilihan raya akan datang, Dr. Mahathir berkata, ia akan dilakukan jika dipecat daripada parti.

“Kita perlu mempertimbangkan mempunyai parti lain,” ujaranya sambil menambah pertimbangan juga akan dilakukan jika keputusan mahkamah tidak memihak kepadanya pada 7 Ogos ini.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan menetapkan keputusan permohonan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan tiga yang lain untuk membatalkan saman oleh Dr Mahathir Mohamad dan empat yang lain pada 7 Ogos.

Muhyiddin; Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Setiausaha Penganjur Bersatu, Muhammad Suhaimi Yahya dan Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan (ROS), Masyati Abang Ibrahim berusaha untuk mengetepikan cabaran undang-undang terhadap pemecatan Mahathir dan empat yang lain daripada Bersatu. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Hari dah malam tok,tidur ajalahhh..duit pun dah banyak, anak2 pun dah kaya raya..nak apa lagi. Tggu aja soal jawab Munkar & Nankir nanti, siapkan2 jawapanya ye..

Comments are closed.