KUALA LUMPUR – Kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah mengenai semua penerbit filem diwajib memohon Lesen Pengeluaran Filem (LPF) dan Surat Perakuan Penggambaran (SPP) untuk membuat sebarang penggambaran filem akan memberi kesan kepada semua pengguna media sosial.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata, pelaksanaan ini dilihat akan mengakibatkan pengguna media sosial perlu mendapatkan kelulusan terlebih dahulu daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sebelum menerbitkan sebarang video di media sosial.
“Saya tak pasti sama ada menteri sedar tentang masalah secara keseluruhan tetapi kesannya agak besar dan saya rasa ramai akan bertanya sama ada selepas ini bila kita menerbitkan sebarang video dalam media sosial adalah apakah itu akan tertakluk kepada pembacaan akta seperti yang disebut oleh menteri.
“Sekiranya takrifan akta tersebut adalah bersifat pendakwaan terpilih di mana sesetengah orang sahaja akan terkena dengan bacaan takrifan seperti itu seperti itu manakala yang lain tidak terkesan,” katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini.
Saifuddin sebelum itu berkata semua penerbit filem diwajibkan memohon Lesen Pengeluaran Filem (LPF) untuk membuat sebarang penggambaran filem.
Malah, selain daripada LPF, mereka juga diwajibkan untuk mendapatkan Surat Perakuan Penggambaran (SPP) tidak kira mereka adalah agensi media arus perdana atau media personal yang menerbitkan filem di platform media sosial atau saluran tradisi.
Dalam pada itu, Fahmi berharap SKMM boleh memberikan penjelasan kerana kesan penakrifan terhadap pelaksanaan perkara itu.
Fahmi berkata, sesiapa yang ingin memohon lesen berkenaan daripada FINAS dikehendaki membayar RM50,000 bagi mendapatkan lesen terbabit.
“Seperti yang dibaca oleh menteri tadi maksudnya semua pengguna berkemungkinan perlu mendapatkan lesen dari Anas adakah ini benar.
“Saya harap beliau boleh berikan penjelasan sebab kena bayar RM50,000 kepada FINAS bagi permohonan lesen untuk ketiga-tiga kategori tadi iaitu pengambaran, pengedaran dan juga pempameran,” katanya lagi.- MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN: