Home Dunia WHO tidak peduli kecaman Amerika Syarikat

WHO tidak peduli kecaman Amerika Syarikat

Tedros Adhanom Ghebreyesus. foto Agensi

GENEVA – Tindakan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo yang mempersoalkan kebebasan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) adalah tidak benar dan pertubuhan itu akan terus bekerja membanteras koronavirus.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus terus menerima mendapat kritikan, terutama daripada Presiden Donald Trump dan Pompeo, yang telah menuduhnya sebagai pro-China.

”Dan komen itu tidak benar dan tidak dapat diterima dan tanpa asas,” kata Tedros ketika menjawab pertanyaan pada taklimat Geneva mengenai pernyataan Pompeo yang dilaporkan di London, Selasa lalu

“Satu-satunya fokus kami dan fokus seluruh organisasi adalah menyelamatkan nyawa.

“… Dan WHO tidak akan terganggu dengan komen-komen ini. Kami tidak mahu masyarakat antarabangsa juga terganggu,” ujarnya.

Pasukan WHO telah berada di China selama hampir dua minggu terlibat dalam misi antarabangsa untuk menyiasat asal-usul virus tersebut.

WHO mengetuai misi itu.

Para saintis percaya virus itu muncul di pasar makanan di pusat bandar Wuhan akhir tahun lalu.

“Kami sudah mulai menjangkau langkah mendapatkan pakar-pakar di peringkat antarabangsa untuk melihat siapa yang akan tersedia dan paling tepat untuk mendukung misi antarabangsa ini dalam beberapa minggu mendatang,” kata Mike Ryan, pakar darurat utama WHO,.

Tedros mengatakan WHO melihat penularan koronavirus secara intensif di beberapa negara.

“Dua pertiga daripada kes itu berasal dari 10 negara. Hampir separuh daripada semua kes yang dilaporkan setakat ini hanya dari tiga negara, ”katanya, merujuk kepada Amerika Syarikat, Brazil dan India.

Di seluruh dunia lebih daripada 15 juta kes koronavirus telah dilaporkan dengan hampir 620,000 kematian, katanya.

Jangkitan di Amerika Syarikat telah meningkat dengan cepat sejak kes Covid-19 pertama dikesan pada 21 Januari lalu.

Jangkitan koronavirus di AS yang direkodkan melebihi 4 juta pada hari Khamis, secara purata lebih daripada 2,600 jangkitan baharu setiap jam, kadar tertinggi di dunia, menurut laporan Reuters.

Negara ini memerlukan 98 hari untuk mencapai 1 juta kes bertambah kepada 2 juta dalam tempoh 43 hari kemudian.

Angka terus bertambah kepada 3 juta dalam masa 27 hari selepas itu dan hanya memerlukan 16 hari untuk mencapai 4 juta pada kadar 43 kes baharu seminit. – MalaysiaGazette