BLOEMFONTEIN – Jumlah jangkitan kes Covid-19 di Afrika Selatan mungkin lebih tinggi berbanding data rasmi.
Laporan Majlis Penyelidikan Perubatan Afrika Selatan (SAMRC) menyatakan banyak kematian semula jadi meningkat sebanyak 17,000, peningkatan 59% berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Profesor Debbie Bradshaw, salah seorang penulis berkata, ia menunjukkan “perbezaan besar” dalam jumlahnya.
SAMRC yang melancarkan Laporan Kematian Mingguan di Afrika Selatan pada Rabu lalu menunjukkan antara 6 Mei hingga 14 Julai tahun ini terdapat 17.090 kematian semula jadi yang berlebihan.
Angka itu jauh lebih tinggi daripada tahun-tahun lalu dan lebih tinggi daripada yang dikira oleh penyelidik.
Malah, angka itu menunjukkan terdapat 11,000 kematian yang tidak dapat dijelaskan.
Prof Bradshaw dalam laporan ini “telah mendedahkan perbezaan besar antara kematian Covid-19 yang disahkan oleh negara itu dan jumlah kematian semula jadi yang berlebihan”.
Pada awal pandemik, Afrika Selatan mencatatkan kematian 9% lebih rendah berbanding tahun-tahun sebelumnya, yang disebabkan oleh larangan alkohol dan sekatan pergerakan.
Dalam tempoh 24 jam, Afrika Selatan merekodkan sejumlah 572 kematian.
Pada masa ini, Afrika Selatan berada pada kedudukan kelima tertinggi dalam kes jangkitan Covid-19 dengan lebih daripada 400,000 jangkitan dan 5,940 kes kematian.
Namun, jumlah kematian adalah lebih rendah daripada negara-negara lain yang merekodkan kes positif, sebagai contoh United Kingdom.
Presiden Cyril Ramaphosa telah mengarahkan sekolah ditutup selama empat minggu susulan lonjakan kes Covid-19. – MalaysiaGazette