RIYADH – Seorang lelaki Arab Saudi ditemui mati dalam keadaan rukuk di padang pasir selepas tiga hari dilaporkan hilang.
Dhuwaihi Hamoud al-Ajaleen, 40, dikatakan hilang dari kediamannya di Wadi al-Dawasir selepas mahu mencari kayu api, menurut laporan media tempatan.
Polis kemudiannya mengadakan operasi mencarinya dan akhirnya menemuinya di tengah-tengah padang pasir.
Pasukan penyelamat menemui Dhuwaihi tidak jauh dari kenderaannya dalam keadaan bersujud seperti dalam solat.
Kenderaan pacuan empat roda itu dipenuhi dengan kayu api. – MalaysiaGazette
kalau rukuk mati berdiri lah. sekali rokok sekali sujud. mungkin pemberita ini bukan islam. tak tahu beza.