UMNO Boleh Ubah Keputusan Pecat Muhyiddin | EDISI MG 24 Julai 2020

UMNO boleh mengubah semula keputusan memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin jika beliau berhasrat menyertai parti itu kembali, kata Datuk Seri Mohamad Hasan.

Menurut Mohamad yang merupakan Timbalan Presiden UMNO, jika perdana menteri itu berbuat demikian, ia akan memudahkan banyak perkara antaranya pembahagian kerusi pilihan raya kelak.

“Jika ada hasrat (Muhyiddin) kembali kepada parti, keputusan memecat beliau boleh diubah semula.

“Beliau akan jadi perdana menteri yang didukung parti yang besar dan ramai ahli parlimen, jadi lebih mudah dan lebih senang,” katanya seperti dipetik portal Malaysia Post hari ini.

Untuk rekod, Muhyiddin telah dipecat dari UMNO pada 24 Jun 2016 kerana mempersoalkan isu skandal 1MDB membabitkan Datuk Seri Najib Razak yang pada ketika itu merupakan presiden parti dan perdana menteri.

2 Komen

  1. TAK SALAH PON PECAT MUHYIDDIN DULU JIKA DIA SEBAGAI ORG KEPERCAYAAN PM BOLEH BERSEKONGKOL BERSAMA MAHATHIR MEMFITNAH..ADAKAH DIA MUHYIDDIN LUPA KENAPA DIA SALAH,JIKA SEKARANG DIA PM N MENTERI KANAN DIA KRITIK DAN FITNAH DIA APA TINDAKAN DIA LAKUKAN,PERKARA SAMA YG ORG LAIN SEBAGAI KETUA AKAN LAKUKAN.
    DAN SEHINGGA HARI INI,AKU BELOM PERNAH LIHAT MUHYIDDIN MINTA MAAF FITNAH DSNR..JADI PADA AKU,BIAR SAJA DIA DENGAN PN..DAN KERJASAMA PN INI HANYA SETAKAT SEBELOM PRU 15..
    MASA PRU 15,AKU RAKYAT AKAN UNDI MN SAHAJA,BUKAN KATAK2,BUKAN PEMFITNAH..

Comments are closed.