Home Nasional Bapa rogol, lacur anak dan isteri direman 7 hari

Bapa rogol, lacur anak dan isteri direman 7 hari

Antara lapan suspek termasuk bapa kandung yang rogol dan lacur anak perempuan dan isterinya di bawa oleh pegawai polis untuk permohonan reman baharu di bawah siasatan akta ATIPSOM di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi, Selangor. foto MOHD ADZLAN, 25 JULAI 2020.

BANGI – Seorang lelaki tempatan dan tujuh warga asing, termasuk seorang bapa kandung merogol dan melacurkan anak serta isterinya, direman selama tujuh hari untuk mambantu siasatan baharu di bawah Akta Anti Pemerdagangan Manusia (ATIPSOM) 2007.

Penolong Pendaftar, Nurul Farhanah Abdul Hamid membenarkan perintah reman baharu yang dipohon polis terhadap kesemua suspek tersebut sehingga 31 Julai ini.

Menurut Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan S. Vekram Sinnayah, kini kesemua suspek akan disiasat polis di bawah ATIPSOM dan bukan lagi mengikut Kanun Keseksaan atau Akta Kanak-Kanak.

“Siasatan dibawah 376B/372 Kanun Keseksaan sudah dilengkapkan dan kini reman baharu diperolehi dari Majistret untuk siasatan baharu sepenuhnya mengikut Akta ATIPSOM kerana didapati ada unsur pemerdagangan manusia dalam bentuk dipaksa melacur.

“Kita berjaya mendapatkan reman tujuh hari bermula hari ini hingga 31 Julai ini untuk menyiasat kesemua lapan suspek bawah ATIPSOM.

“Selepas siasatan ATIPSOM, jika perlu kita akan meneruskan pendakwaan mengikut Kanun Keseksaan dan juga ATIPSOM ke Mahkamah berdasarkan nasihat DPP nanti,” katanya kepada MalaysiaGazette ketika ditemui di lobi mahkamah pagi tadi.

Kesemua suspek yang terdiri daripada seorang warga tempatan, enam warga Bangladesh dan seorang warga Pakistan dibawa ke Mahkamah Majistret dan Sesyen Bandar Baru Bangi oleh polis Daerah Kajang menggunakan lori Black Maria dan tiba ke pekarangan mahkamah sekitar jam 9.40 pagi tadi.

Mereka berpakaian lokap berwarga oren dengan tangan bergari dikawal oleh beberapa anggota polis tiba pada pukul 9.45 pagi untuk permohonan reman.

Menurut Vekram, suspek utama warga tempatan yang merupakan pemandu lori dipercayai merogol anak perempuan sulung daripada empat adik beradik itu serta melacurkannya selama tiga tahun, sejak mangsa berusia 10 tahun turut memaksa isterinya dalam kegiatan terlarang.

Tamabh beliau, kedua-dua mangsa masih dalam keadaan trauma dan dan kini diletakkan di bawah perlindungan polis.

“Akan ada tangkapan suspek lagi dalam kes ini kerana mangsa yang trauma berkongsi maklumat baharu mengenai beberapa individu atau suspek lagi dalam kes ini dan kita sedang memburu mereka,” ujarnya.

Lapan suspek termasuk bapa kandung yang rogol dan lacur anak perempuan dan isterinya di bawa oleh pegawai polis untuk permohonan reman baharu di bawah siasatan akta ATIPSOM di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi, Selangor. foto MOHD ADZLAN, 25 JULAI 2020.

Semalam, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Senior Asisten Komisioner Datuk Fadzil Ahmat berkata, polis telah membuat keputusan untuk mengubah kertas siasatan terhadap lapan suspek itu di bawah ATIPSOM 2007 di samping Kanun Keseksaan.

“Lapan orang itu telah ditangkap berkaitan kes seorang bapa kandung yang memiliki bengkel merogol anak kandung dan melacurkan kepada tujuh warga asing iaitu Bangladesh dan Pakistan sebelum kesemuanya ditangkap dan direman tujuh hari sehingga hari ini.

“Mereka pada awalnya ditahan dan direman tujuh hari untuk disiasat di bawah Seksyen 376B/372 Kanun Keseksaan & Sek 43(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 (pindaan 2016).

“Bagaimanapun kertas siasatan ke atas mereka telah dibincangkan dengan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Selangor dengan cadangan untuk polis mengambil tindakan di bawah ATIPSOM 2007 di samping Kanun Keseksaan dan telahpun dipersetujuinya maka kesemua lapan suspek akan dibawa ke mahkamah untuk reman baharu bagi memulakan siasatan mengikut Akta ATIPSOM. – MalaysiaGazette

Bapa rogol, lacurkan anak bersama 5 warga asing direman

 

Polis siasat bapa rogol dan lacurkan anak berusia 13 tahun

1 Komen

Comments are closed.