Home Sukan PSG juara Piala Ligue 1

PSG juara Piala Ligue 1

PSG akhirnya menjulang Piala Ligue 1 Perancis malam tadi

PARIS – Paris Saint Germain (PSG) mengesahkan gelaran juara Ligue 1 selepas menewaskan Saint-Etienne dalam aksi malam tadi.

Neymar muncul wira pasukan itu apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-14.

Pada aksi pertama di Perancis selepas perlawanan digantung akibat Covid-19 pada April membenarkan sebilangan kecil penyokong menyaksikan perlawanan itu di stadium.

Penyerang, Kylian Mbappe terpaksa meninggalkan padang sebelum perlawanan tamat kerana kecederaan.

Berikutan itu, peluang Mbappe untuk diturunkan pada perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah budan depan masih lagi samar.

PSG seolah hilang sengat selepas Mbappe meninggalkan padang.

Pengurus pasukan, Thomas Tuchel meminta semua pihak bersabar dan pemain itu akan menjalani ujian imbasan bagi mengetahui tahap kecederaannya malam ini. – Agensi