Home Nasional Edmund pandang serius dakwaan salah laku pegawai DBKL

Edmund pandang serius dakwaan salah laku pegawai DBKL

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang individu yang memuat naik status di laman sosial Facebook kononnya telah dianiayai  sekumpulan pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sesuatu yang tidak boleh dianggap remeh.

Menurut Timbalan Menteri Wilayah, Datuk Seri Dr Edmund Santhara kepada MalaysiaGazette, beliau sendiri terkejut dengan dakwaan individu itu lewat malam tadi dan menggesa untuk segera membuat laporan polis.

Kata Edmund, sebuah tangkap layar telah di hantar kepadanya termasuk menggunakan tanda pagar EdmundSantharaRevenge bersama-sama status itu.

Tulis individu itu, DBKL is playing a game at Bukit Bintang, they called me Ooi India mabuk apsal peluk perempuan while I was showing my phone to my friend on Grab issue with more 10 people. I screwed them up..

I showed them I didn’t go against SOP and proudly DBKL ran away from me..as scary chicken without challenging me. #EdmundSantharaRevenge!

P/s: I haven’t showed them my identity card…or my name card…

Itu tulis induvidu tersebut.

Jelas Edmund, beliau mungkin tidak akan ambil pusing tentang apa yang ditulis tentang dirinya kerana ada banyak lagi isu utama yang melibatkan kepentingan rakyat khasnya warga kota ketika ini.

“Yang tulis tentang saya, saya tidak perlu ambil pusing. Ada yang tulis baik-baik, ada juga negatif seperti ini. Ada juga buat dakwaan tidak betul, yang ini kata saya balas dendam pula. Entah apa. Tapi saya tidak kisah.

“Tetapi saya tetap ambil serius terhadap dakwaan yang mengatakan ada pegawai DBKL telah mengeluarkan kata-kata berbaur rasis terhadap individu ini. Saya telah minta Datuk Bandar untuk siasat perkara.

“Saya juga telah minta laporan polis berhubung perkara ini. Biar polis siasat juga, isu salah laku ini sangat serius. Tidak boleh di buat main. Saya mohon individu ini untuk segera buat laporan polis memandangkan ayat itu rasis malah pada masa sama jatuhkan imej DBKL,” katanya lagi.

Tinjauan MalaysiaGazette juga mendapati status itu masih ada namun tanda pagar #EdmundSantharaRevenge sudah tidak ada di laman sosial individu tersebut.

MalaysiaGazette sedang cuba menghubungi individu itu bagi gambaran lebih jelas tentang kejadian tersebut.

Dalam pada sama, Edmund juga memandang serius terhadap tulisan individu itu pada perenggan akhir di mana dia mengakui mempunyai kad identiti ‘berpengaruh’.

“Dalam posting sebelum ini, ada juga di tulis seorang pegawai Parlimen. Saya hendak minta apakah sebenarnya kad ‘kuasa’ yang dimaksudkan oleh individu ini secara terbuka seperti ini?

“Adakah dengan menunjukkan kad kuasa yang saya tidak tahu apa-apa, maka DBKL akan bertempiaran lari? Saya tidak faham apakah kad kuasa itu. Saya minta pihak berkuasa siasat juga kerana ini juga salah guna kuasa.

“Adakah kita boleh tunjuk kad kuasa macam itu sahaja? Ini juga salah guna kuasa bukan begitu? Saya tidak tuduh sebaliknya minta pihak berkuasa juga siasat perkara ini, janganlah kita cakap tentang salah guna kuasa tapi kemudian bertindak berbuat perkara sama,” tegasnya. –MalaysiaGazette