Home Nasional UniMAP universiti pertama guna Pusat Data Sektor Awam

UniMAP universiti pertama guna Pusat Data Sektor Awam

KUALA LUMPUR – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menjadi univetrsiti pertama di negara ii menjalinkan kerjasama dengan Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) menggunakan Perkhidmatan Pusat Dana Sektor Awam (PDSA).

Dengan kerjasama ini, UniMAP kini mempunyai pusat data di luar universiti berkenaan yang mana dalam masa sama akan dapat memastikan inisiatif persekitaran pekerja digital, perkhidmatan awan (Cloud Service) dan penyampaian cara pendigitalan dapat ditingkatkan seiring dengan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).

Dengan termeterainya kerjasama hari ini Naib Canselor universiti berkenaan, Profesor Prof Ts Dr R Badlishah Ahmad berharap UniMAP akan dapat memacu kecemerlangan dan kemudahan prasarana digital selaras dengan Agenda Transformasi Digital universiti itu yang telah dirancang sejak tahun lalu.

“Satu lagi inisiatif ialah menyediakan e-varifikasi yang menawarkan modul atau skrol, transkrip, data pelajar dan data staff (kakitangan),” katanya pada Majlis Menandatangani Perjanjian Perkhidmatan PDSA dengan Mampu.

Majlis perjanjian itu disaksikan Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Mazlan Yussoff mewakili Menteri, Datuk Dr Noraini Ahmad.

Mampu diwakili Ketua Pengarahnya Datuk Dr Yusof Ismail.

Kata Badlishah, proses transformasi pendigitalan ini merupakan sebahagian inisiatif UniMAP untuk menerokai perubahan keadaan dalam aspek teknologi membabitkan organisasi awam dan swasta.

“Semua server (pelayan) dan data yang berkaitan akan disimpan di icloud storage di PDSA yang tiada had storan selain ia juga mampu menjimatkan kos disaster recovery,” katanya. -MalaysiaGazette