Home Nasional Peguam belum dapat jumpa Md Rayhan

Peguam belum dapat jumpa Md Rayhan

Peguam kepada Md Rayhan Kabir, C Selvaraja dan Sumitha Shaanthinni bercakap kepada media selepas hadir ke Ibu Pejabat Imigresen, Putrajaya. foto AFFAN FAUZI, 27 JULAI 2020

PUTRAJAYA – Peguambela kepada warga Bangladesh, Md Rayhan Kabir yang ditahan penguat kuasa Jabatan Imigresen pada 24 Julai lalu  kerana mendakwa migran asing di negara ini didiskriminasi tidak dapat berjumpa anak guamnya hari ini.

CR Selvaraja Chinniah dan Sumitha Shaanthinni Krishna yang ditemui di pekarangan Ibu Pejabat Imigresen di sini berkata, pihaknya belum dapat berjumpa dengan Md Rayhan lagi disebabkan permohonan mereka masih sedang diperhalusi untuk tindakan lanjut.

Katanya, pihaknya yang tampil ke pejabat untuk berjumpa dengan Ketua Pengarah Imigresen namun Datuk Khairul Dzaimee berada di Parlimen.

“Kami menghantar surat kebenaran melawat anak guam kami menerusi e-mel atas nama Datuk KP (Indera Khairul) semalam dan saya akur lambakan e-mel melengahkan surat kami diteliti Datuk KP.

“Bagaimanapun, surat asal telah diambil oleh pembantu peribadinya dan Pegawai Perhubungan Awam Imigresen dengan penuh bertanggungjawab dan memaklumkan bahawa pegawai penyiasat Imigresen akan menghubungi kami dengan kadar seberapa segera setelah mendapat kebenaran untuk membenarkan kami berjumpa anak guam kami.

“Namun kami sebagai peguam mempunyai tanggungjawab terhadap keluarga Md Rayhan yang melantik kami untuk memaklumkan kepada mereka keadaan anak mereka di sini.

“Jadi kami telah keluar dari pejabat KP dengan surat akuan penerimaan permohonan kami kirimkan menerusi emel kepada Datuk KP Imigresen semalam dan kami akan terus menantikan perkembangan maklumbalas kepada surat kami nanti,” katanya kepada pemberita di sini.

Peguam kepada Md Rayhan Kabir, CR Selva dan Sumitha Shaanthinni (kiri) berjalan keluar dari Ibu Pejabat Imigresen, Putrajaya. foto AFFAN FAUZI, 27 JULAI 2020

Ditanya perkembangan terbaharu bertemu dengan anak guamnya itu, CR Selvaraja berkata, pihaknya tidak boleh memberi apa-apa maklumat kerana masih belum berpeluang berjumpa dengan pegawai penyiasat kes tersebut.

Menurut beliau, walaupun anak guam tak tahu atas apa beliau akan didakwa atau tindakan diambil tetapi pihaknya sedang menunggu panggilan dari pegawai penyiasat untuk mengetahui hala tuju penyiasatan atau apakah keputusan Jabatan Imigresen terhdap anak Md Rayhan.

Dalam hal berkenaan, kata Selva, pihaknya terpaksa melaporkan perkara sama kepada keluarga anak guamnya kerana sebagai keluarganya risau akan keselamatan dan keadaan anak mereka yang ditahan di Malaysia.

“Mereka (ibu bapa Md Rayhan) telah melantik kami melalui satu affidavit dari Bangladesh yang mana affidavit itu telah diemelkan oleh bapa mangsa kepada kami pada 18 Julai lalu sebelum ditangkap dan kami sedang tunggu salinan affidavit asal tentang perlantikan itu.

“Dia sangat risau akan keadaan dan keselamatan anaknya di sini yang telah ditahan dan dua peguam di Bangladesh melantik kami untuk mewakili Md Rayhan.

Dalam pada itu, menurutnya, Jabatan Imigresen juga tidak memberi tarikh tepat bila mereka boleh bertemu anak guamnya.

“Kami jadi kami akan menunggu namun tidak adil untuk saya mendakwa pegawai penyiasat tidak mahu jumpa kami, cuma dimaklumkan permohonan bertemu klien harus diperhalusi pihak atasan Imigresen sebelum membenarkan bertemu Md Rayhan,” katanya.

Selvaraja turut mengesahkan pihaknya telah berhubung dengan Timbalan Pengarah (Siasatan dan Undang-Undang) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid yang memaklumkan Md Rahyan tidak berada dalam tahanan polis tetapi di bawah Jabatan Imigresen.

Dalam pada itu Sumitha pula menjelaskan pelantikan mereka sebagai peguambela Md Rayhan telah dimaklumkan kepada Suruhanjaya Tinggi Bangladesh menerusi e-mel pada Sabtu lalu.

“Namun itu sekadar pemberitahuan sahaja dan tidak menerima sebarang maklumbalas daripada suruhanjaya. Permintaan keluarga adalah mahu keadaan dan keselamatan anak mereka dijamin dan diikuti bantuan yang diperlukannya dalam kes ini menjadi tanggungjawab kami sepenuhnya.

“Mereka harapkan supaya semuanya mengikut proses undang-undang yang termaktub diadili sebaik-baiknya,” ujarnya. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Kenapa nak pk susah2, ikut je plan kp … terajang kluar je lahanat ni. Org kita baik2 gi australia pun kena balik tanpa sebab.. Lu sapa..

  2. Oklah tu rakyat Malaysia menyokong penuh pihak berkuasa Keselamatan menahan dan menyoalsiasat individual yang merosakkan reputation Negara Berdaulat. Setiap salahlaku atau perbuatan yang berbentuk kerosakan perlu diambil tindakan.
    Pesalah dan penjenayah perlu melalui tindakan atau pendakwaan atas perbuatan mereka. Untuk membela diri terpulang kepada cara mereka menggunakan saluran undang-undang Negara Malaysia serta mematuhi peraturan ditetapkan. Ikutlah peraturan.

  3. Apa jadahnya peguam2 ni nak sibuk sangat. Kan ke bangla ni bakal di hantar balik so tak jadi isu pun. Biarlah pihak JiM jalankan tugas diaorang. Yang sibuk tak tentu pasal dah kebapa. Masa kes adib tak pula sibuk nak bela bagai.

Comments are closed.