TERKINI : Skandal Baharu SRC RM27 Juta Menanti Najib 5 Julai Tahun Depan

Satu lagi perbicaraan berprofil tinggi melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung penyewelengan dana syarikat SRC International Sdn Bhd (baharu) bernilai RM27 juta akan bermula Julai tahun hadapan.

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan ketika pengurusan kes itu kemudian menetapkan beberapa tarikh iaitu 5 sehingga 8 Julai 2021.

Ianya kemudian akan disambung 26 hingga 29 Julai 2021 selain daripada pengurusan kes selanjutnya pada 11 Ogos depan.

Tahun lepas pada 3 Februari, Najib yang juga bekas Presiden UMNO mengaku tidak bersalah dengan tiga pertuduhan penggubahan wang haram membabitkan dana SRC International sebanyak RM27 juta.