Home Sukan Juventus juara Serie A Itali buat kali ke-9

Juventus juara Serie A Itali buat kali ke-9

Juventus akhirnya mengesahkan gelaran Serie A selepas menewaskan Sampdoria 2-0 dalam aksi semalam.

MILAN – Selepas melalui pelbagai kekangan untuk mengesahkan gelaran Serie A Itali menerusi keputusan seri dan kalah dalam beberapa perlawanan sebelum ini akhirnya Juventus berjaya mempertahankan gelaran untuk musim kesembilan berturut-turut.

Dalam aksi malam tadi menentang Sampdoria, Cristiano Ronaldo membuka jaringan pada minit ke-47 sebelum separuh masa pertama tamat.

Gol kedua pula hadir menerusi Bernardeschi pada minit ke-67.

Bagi Ronaldo ia merupakan gol ke-31 musim ini bersama Juventus kali ini.

Di peringkat Eropah juga, pasukan kendalian Maurizio Sarri satu-satunya pasukan yang berjaya menjulang gelaran liga untuk musim kesembilan berturut-turut.

Ronaldo juga menyamai rekod jaringan gol untuk satu musim bersama bekas pemain Itali Felice Borel, yang turut menjaringkan 31 gol untuk Juventus pada musim 1993/94.

Ronaldo mendedikasikan kejuaraan itu kepada semua peminat Juventus khususnyaa yang terjejas akibat Covid-19 sejak Mac lalu.

Rekod dunia kemenangan gelaran liga setiap musim untuk tempoh lama dipegang oleh kelab Tafea yang menjulang gelaran liga domesik Vanuatu selama 15 musim berturut-turut dari 1994 hingga 2009 sementara Skonto of Latvia sebanyak 14 musim berturut-turut.

Di Ligue 1 Perancis, Lyon memegang rekod kemenangan gelaran selama tujuh musim berturut-turut iaitu antara 2002 hingga 2008.

Di Liga Perdana Inggeris (EPL) pula Huddersfield, Arsenal, Liverpool dan Manchester United satu-satunya kelab yang memegang rekod menjulang gelaran sebanyak tiga musim berturut-turut di England.-MalaysiaGazette