NEW YORK – Seorang lelaki di Florida yang menerima pinjaman yang pohon untuk membantu perniagaannya sebanyak AS$4 juta membeli sebuah Lamborghini Huracan dan melakukan pembelian lain.
Dia ditahan dan didakwa dengan tiga pertuduhan penipuan.
David T. Hines, 29, dari Miami, dituduh menipu bank, membuat pernyataan palsu kepada institusi pinjaman dan melakukan transaksi dengan hasil yang tidak sah, menurut pendakwa di Mahkamah Daerah Florida.
Sekiranya disabitkan atas semua tuduhan, dia boleh dipenjara hingga 70 tahun.
Pada bulan April, Hines bergabung dengan beberapa pemilik perniagaan lain meminta bantuan kewangan dari Program Perlindungan Gaji Persekutuan, sebuah program pinjaman yang dibuat untuk membantu perniagaan yang berdepan dengan masalah ekoran wabak koronavirus.
Dalam permohonannya, Hines berkata, dia memiliki empat perniagaan dengan 70 kakitangan dan memerlukan kos sebanyak AS$4 juta sebulan.
Menjelang bulan berikutnya, Hines mula menerima wang dari program pinjaman.
Dia menerima tiga pembayaran berjumlah AS$ 3.984.557, menurut pihak berkuasa.
Ketika wang itu masuk, Hines terus membuat permohonan bantuan lebih banyak dan akhirnya dia menerima bantuan sebanyak AS$ 13,542,741
Tetapi berdasarkan tinjauan rekod kewangan Hines, dia berbelanja perhiasan mewah, pakaian mahal, lawatan ke pusat peranginan di pantai Miami dan perbelanjaan di laman web temu janji.
Pembelian terbesar nampaknya dilakukan pada 18 Mei, ketika Hines membeli Lamborghini biru dengan harga AS $ 318,497 di North Miami Beach.
Peguam Hines, Chad Piotrowski, dalam satu pernyataan berkata, pelanggannya adalah “pemilik perniagaan yang sah, menderita secara kewangan semasa wabak itu” dan “tidak sabar-sabar untuk menceritakan kisahnya ketika tiba waktunya.
Pendakwa mendapati perbelanjaan bulanan untuk syarikat Hines rata-rata sekitar AS$ 200,000, jauh di bawah jumlah yang dituntutnya dalam permohonan pinjaman persekutuannya.
Malah, tidak ada rekod Hines memiliki beberapa bisnes yang didakwa dalam permohonan pembiayaan yang dibuat. – MalaysiaGazette
perghhhhhhh survival haram