UMNO akan melakukan perbincangan dalaman bagi menentukan hala tuju kerajaan Perikatan (PN) selepas Datuk Seri Najib Razak didapati bersalah dalam kes SRC International Sdn Bhd.
Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan UMNO tidak akan duduk diam dan akan melakukan sesuatu ekoran kes ini dalam masa terdekat.
“Maka tentunya ada sesuatu yang akan dilakukan oleh UMNO. Tunggulah keputusan-keputusan yang akan kami perbincangkan.
“Maka tentunya apa yang akan kami lakukan adalah tindakan bersifat usaha bagi menentukan hala tuju kerajaan yang ada sekarang,” katanya kepada pemberita di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.