PULAU PINANG – Lanjutan moratorium pembayaran balik pinjaman selama tiga bulan untuk mereka yang kehilangan kerja serta penjatuhan hukuman ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak telah mewujudkan suasana yang baik untuk mengadakan pilihan raya kilat pada separuh tahun kedua ini.
Penganalisis politik, Khaw Veon Szu berkata, moratorium pembayaran pinjaman merupakan satu keputusan politik dan bukannya keputusan ekonomi kerana ia akan memberi kesan kepada sistem perbankan dan menjejaskan ekonomi negara.
Katanya, keputusan politik itu merupakan petanda bahawa pilihan raya semakin menghampiri.
Jelasnya, sistem perbankan sebenarnya tidak boleh menahan tekanan yang tinggi berikutan perlanjutan moratorium bayaran pinjaman, tetapi jika ia tidak dilanjutkan, kerajaan pula perlu berdepan rasa tidak puas hati rakyat.
“Jangan lupa bahawa kerajaan khususnya Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebelum ini sudah beberapa kali memberi bayangan kepada dunia perniagaan dan perbankan bahawa moratorium tidak akan dilanjutkan.
“Jadi kenapa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin tetap melakukannya? Sebab ini adalah keputusan politik yang saya percaya merupakan satu persediaan untuk memanggil pilihan raya,” katanya kepada Kwong Wah Yit Poh.
Sementara itu, Veon Szu berkata, penjatuhan hukuman ke atas Najib akan menguntungkan Muhyiddin, Perikatan Nasional, malahan UMNO.
“Penjatuhan hukuman ke atas Najib mungkin menyebabkan penyokongnya dalam UMNO tidak berpuas hari, tetapi kebanyakan orang Malaysia adalah gembira,” katanya.
Menurutnya, keadaan itu juga mewujudkan perasaan positif (feeling good) terhadap Perikatan Nasional, terutamanya kerana ia menunjukkan kerajaan tidak campur tangan dalam kes Najib.
“Moratorium bayaran pinjaman membolehkan rakyat menarik nafas lega dari segi ekonomi manakala mental rakyat juga positif apabila melihat pemimpin yang bersalah atas tuduhan rasuah menerima hukuman,” katanya.
Tambahnya, moratorium itu juga merupakan satu bayangan daripada Muhyiddin kepada UMNO supaya tidak memberontak atau berundur dari Perikatan Nasional pada ketika pilihan raya umum semakin hampir.
Ujarnya, keputusan kes Najib juga meringankan beban politik Perikatan Nasional ketika berdepan pilihan raya umum akan datang.
“Kekuatan serangan pembangkang terhadap isu ini sudah semakin berkurangan. Oleh itu, ini merupakan masa yang sangat baik untuk mengadakan pilihan raya,” katanya.
Menurutnya, dengan mengadakan pilihan raya, Perikatan Nasional juga memenuhi hasrat dan kehendak UMNO selain “mengembalikan bola” kepada UMNO.
“Memandangkan UMNO mahukan pilihan raya diadakan, maka hasrat parti itu dipenuhi.
“Cuma, UMNO perlu membuat keputusan sama ada mahu membenarkan individu yang mempunyai kes mahkamah untuk bertanding atau mencalonkan orang baharu,” katanya.
Veon Szu berpendapat, Perikatan Nasional tidak akan berpecah secara serta-merta dengan kes Najib kerana UMNO tidak bersatu, sementara Pas dijangka menyokong Muhyiddin yang tidak banyak “titik hitam politik” untuk menjadi Perdana Menteri.
Ujarnya, Pas akan mengekalkan kerjasama dengan UMNO tetapi menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri untuk mencapai keseimbangan politik. – MalaysiaGazette
Sape lah Cina kunun2 penganalisis yg MG jemput ni..kebanyakan org Malaysia gembira? Ko pakai data apa utk buat kesimpulan tu?? Bahlol mcm ni pun MG nak siarkan..hadooiii
Kahkahkah…bagi can la apek penang ni seronok kejap. Dia rasa klu buat PRU15 PH boleh menang sekali lagi? Apek ni lupa, BN kalah dulu isu Najib. Skang Najib dah jatuh hukum, PH ada modal apa lg? Konon cerdik sgt la? Kiasu betul depa.
Penganalisis politik cap ayam..dia belajar kat mana ni..org ramai jgn pakai sgt pganalisis politik cap ayam ni..ini puak2 dap hanat ni..
Pgnalisis politik cap ayam, dia pakai data yg di kumpul olh dap n ph..tu yg kelaut tu pganalisis ni..bodoh punya pganalisis..