Selepas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal umum pembubaran DUN di negeri itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula mengumumkan UMNO secara rasmi tidak menyertai gabungan Perikatan Nasional (PN) dan akan terus perkasakan kerjasama dengan Muafakat Nasional (MN).
Menurut beliau, kerajaan Perikatan Nasional hanya berlandaskan sokongan Ahli-ahli Parlimen UMNO dan BN serta ADUN-ADUN dalam pembentukan Kerajaan Pusat dan di beberapa negeri tertentu.
Dalam sidang media itu juga, Ahmad Zahid memberitahu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyatakan hasrat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menyertai MN dan perkara itu akan diperbincangkan dengan pihak PAS untuk diperhalusi.